Have A Peek

Saturday, April 2, 2016

Albany ... I

Assalamualaikum ... sambung cerita lagi. Di Albany, kami menginap di Emu Holiday Chalet ( book melalui booking.com ).


Di hadapan blok kami tinggal ada trek kecil yang akan membawa kita ke pantai yang sangat cantik.  Cuaca di Albany ni sangat nyaman dan sebelah malamnya agak sejuk.  Unit kami memang selesa untuk kami sekeluarga ( saya, suami dan 3 anak remaja ).  Ada dapur yang lengkap serta ruang tamu.  Berdekatan unit kami ada kemudahan laundry.  Masa sampai tu, check in pun dah petang, lebih kurang 6 petang.  Untuk dinner, saya masak yang simple tapi mesti ada sup, al maklumlah cuaca malam sejuk, sedap kalau makan ada sup panas.  Lepas dinner, rehat sekejap sambil susun-susun baju dan prepare untuk aktiviti esoknya.  Senarai aktiviti dah ada, in fact dah prepare masa kat Malaysia lagi.  Trip kali ni agak adventure sikit.  Nanti kita sambung ...

No comments:

Post a Comment