Have A Peek

Monday, April 4, 2016

Albany ... II

Pagi yang sungguh nyaman dan indah di Albany.  Pagi lagi dah bangun setelah mendapat rehat dan tidur yang cukup.  Badan kena cergas dan stamina kena kuat sebab aktiviti hari ini perlukan kedua-duanya.  Sebelum, kita isi perut dulu dengan roti dan teh tarik panas.  Penat bekerja bila dapat lepak- lepak macam ni bestnyerrr.  Nun depan tu ada beach yang sangat cantik, so sambil lepak dengar bunyi ombak splish- splash.

Hari ni plan nk gi Torndirrup National Park dan Albany Wind Farm.  Sebenarnya tak susah mana pun travel sekitar Albany ni, very laid back punya area.  On data, guna je Mr Waze habis cerita.

1st destination, kita orang ke Torndirrup National Park.




Yang kat bawah ni adalah area yang ada Blowholes tu, just be careful not to be so close to the hole because it blows with a very high pressure.



Next, its the wind farm.



Being here as if you are in the Teletubbies Land .... Over the hills and far away, Teletubbies come to play 🎼.

Ok, nanti kita sambung lagi.

Saturday, April 2, 2016

Albany ... I

Assalamualaikum ... sambung cerita lagi. Di Albany, kami menginap di Emu Holiday Chalet ( book melalui booking.com ).


Di hadapan blok kami tinggal ada trek kecil yang akan membawa kita ke pantai yang sangat cantik.  Cuaca di Albany ni sangat nyaman dan sebelah malamnya agak sejuk.  Unit kami memang selesa untuk kami sekeluarga ( saya, suami dan 3 anak remaja ).  Ada dapur yang lengkap serta ruang tamu.  Berdekatan unit kami ada kemudahan laundry.  Masa sampai tu, check in pun dah petang, lebih kurang 6 petang.  Untuk dinner, saya masak yang simple tapi mesti ada sup, al maklumlah cuaca malam sejuk, sedap kalau makan ada sup panas.  Lepas dinner, rehat sekejap sambil susun-susun baju dan prepare untuk aktiviti esoknya.  Senarai aktiviti dah ada, in fact dah prepare masa kat Malaysia lagi.  Trip kali ni agak adventure sikit.  Nanti kita sambung ...

Perth 2016

Assalamualaikum ... Its Monday blues and Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.

Masih lagi teringat- ingat trip kami ke Western Australia 2 minggu lepas.  Ni trip kedua kami ke Western Australia selama 13 hari ( 8 - 20 Mac 2016 ) dan kali ni adalah misi jelajah Albany - Denmark - Walpole - Margaret River dan akhirnya Perth.


Sorry la, gambar x berapa nak cantik sebab guna handphone je.  Kami banyak spend masa dengan jalan-jalan menikmati pemandangan dan food hunting.

Seperti biasa kami touch down Perth International Airport pukul 5.30 am.  Settle dengan kereta sewa ( Ace Car Rental, book online ) and then drive straight to Bentley Plaza untuk dapatkan stok makanan halal.  Untuk ke Bentley Plaza kita kena drive ikut Albany Highway, jalan yang sama kita akan guna untuk ke Albany.  Driving time to Albany from Perth is approximately 4 hours.  Lama kan ?  Jalannya lurus dan kenderaan lain pun tak banyak.  Kadang-kadang takde langsung.  Tapi bentuk mukabumi, jenis flora fauna dan pemandangan adalah indah.


Setelah hampir 4 jam perjalanan, Alhamdulillah kami selamat sampai di Albany dan akan lepak di sini 5 hari 4 malam.

Kat mana kami stay dan apasal lama sangat lepak kat sini akan saya ceritakan dalam entri akan datang.